Ruj Kami : JEA1063/07/06/10/33/2009(02) Tarikh : 25 Mac 2009
………………………………………….
…………………………………………
Tuan/Puan,
MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KALI KEDUA TAHUN 2009
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh :
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Bilik Guru,
SMK Bandar Seri Alam.
2. Agenda Mesyuarat :
2.1 Kata-kata aluan.
2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
2.3 Perkara berbangkit
2.4 Perancangan Aktiviti Khidmat Masyarakat Penggal Pertama
2.5 Ujian Pertengahan Tahun/Akhir Tahun/Ujian Piawaian
2.6 Penggubalan Soalan
2.7 Analisa Markah PSK
2.8 Hal-hal Lain
3. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat yang diadakan.
Sekian, terima kasih
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
…………………………….
(YATIMAN BIN KAMSIDIN)
Ketua Panitia
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
SMK Bandar Seri Alam.
s.k. Fail Panitia
Mesyuarat Kali Kedua
Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan
Tahun 2009
Tarikh :
Hari : Rabu
Masa :
Tempat : Bilik Guru, SMK Bandar Seri Alam
Kehadiran
- Yatiman Bin Kamsidin
- En Mohd Fakaruddin Hj Ismail
- Pn Norfazillah Bt Ibrahim
- Pn Noor Azizah Bt Jusoh
- Pn Rosnani Bt Mamat
- En Abdul Latiff Bin Othman
- Pn Hemalata
- En Mohd Shahrul B Saidein
- Cik Norliza Bt Che Othman
Bil Perkara
1. Ucapan Alu-Aluan Ketua Panitia
Ucap selamat datang kepada semua guru yang terpilih mengajar mata pelajaran PSK. Moga aktiviti Khidmat Masyarakat telah mula dilaksanakan. Kena habiskan peruntukan terkini Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan tambahan awal 2009 RM 7704.00 ditambah dengan RM1761.41 menjadiakan ia berbaki RM9465.41.
Tindakan : Semua guru
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama 2009
Ketua Panitia membacakan minit mesyuarat kepada semua ahli yang hadir. Ahli sebulat suara
mengesahkan minit yang lalu.
Cadangan : Pn Norfazillah Bt Ibhraim
Sokongan : En Abdul Latiff Bin Othman
3. Perkara berbangkit
3.1. Hal Permarkahan PSK.
Program Khidmat Masyarakat adalah wajib diadakan kepada semua pelajar.
Penilaian PSK terbahagi kepada 3:
i. Pengetahuan (60%)- peperiksaan ½ dan akhir tahun
ii. Khidmat masyarakat 20%
iii. Penilaian Sikap 20%(sepanjang P&P)
Guru yang gagal melaksanakan program Khidmat Masyarakat boleh diambil tindakan tatatertib
( Kenyataan Timbalan Pengarah dlm kursus PSK 2007)
Tindakan : Semua guru
3.2 Sukatan/Huraian/Rancangan Tahunan Pelajaran PSK
Semua guru telah menyediakan dan dibawa dalam setiap aktiviti P&P.
Tindakan : Semua guru
3.3 Penegasan Penulisan Buku Persediaan Mengajar
Gunakan sumber utama rujukan iaitu buku teks yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dan ditulis
mengikut format berikut:
Tema : Pencapaian Kendiri
Tajuk : Pilihan Kerjaya
Sub Tajuk: Merancang Kerjaya.
Objektif : (salin semua objektif yang terdapat di dalam buku teks mengikut tajuk)
Aktiviti : Ikut kreativiti Guru
ABM : Ikut persediaan mengajar
Refleksi : Ditulis berdasarkan pencapaian objektif yang dinyatakan
Tindakan : Semua guru
3.4 Pengunaan Buku Rujukan/Buku Teks/Buku Nota/Buku Latihan
Semasa Sesi P&P adalah ditegaskan bahawa setiap pelajar perlu membawa buku teks, buku nota
dan buku latihan setiap masa.
Tindakan:Semua guru
3.5 Cara Penilaian Program Khidmat Masyarakat
Penilaian program khidmat masyarakat dilakukan menggunakan borang khas yang akan
diedarkan kemudian.
Tindakan:Semua guru
3.6 Cadangan Awal Tajuk Program Khidmat Masyarakat
Tingkatan 1 : Sayangi Sekolah/Program Ponteng Sifar
Tingkatan 2 : GotongRoyong Perdana
Gotong Royong Hari Kemerdekaan
Tingkatan 3 : Hari Kantin Sekolah/Rumah Terbuka Hari Raya
Tingkatan 4 : Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara atau
Kajian tentang flora dan fauna
Tingkatan 5 : Kempen mengatasi gejala sosial atau Projek petani/penternak moden.
Tindakan : semua guru
3.7 Ujian Pertengahan Tahun/Akhir Tahun/Ujian Piawaian
Ujian berkenaan akan diadakan secara setara dan akan diputuskan dalam mesyuarat panitia
Daerah. Ujian Piawaian dicadangkan dibuat dalam bentuk soalan Objektif mengandungi 40
Soalan mengikut JPU nisbah 5:3:2. sebanyak 4 set soalan yg lengkap dan disahkan diserah
sebagai bank soalan.
Tindakan :Semua guru
3.8. Analisa Markah PSK
Perlu dicatat dan direkodkan dalam ‘mark sheet’. Jumlah kelulusan akan direkodkan
Tindakan : Semua guru
4. Perancangan Aktiviti Khidmat Masyarakat Penggal Pertama Terkini
Tingkatan 1 : Sayangi Sekolah/Program Ponteng Sifar
Tingkatan 2 : GotongRoyong Menceriakan Bilik-Bilik Khas Dalam Sekolah antaranya Dewan
Budiman, Dewan Zaaba, Bilik Kaunseling, Bilik Pengawas.
Tingkatan 3 : Pertandingan Permainan Tradisional seperti congkak, bowling kelapa, sepak raga
bulatan, galah panjang, konda kondi, ting ting, baling selipar.
Tingkatan 4 : Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara atau
Kajian tentang flora dan fauna
Tingkatan 5 : Bengkel dan Ceramah Kerjaya.
Tindakan : Semua guru
5. Penggubal Ujian Pertengahan Tahun 2009
| bil | tingkatan | Nama Guru |
| 01 | Satu | Ustazah Hanom |
| 02 | Dua | Pn Hafnizah |
| 03 | Tiga | Cik Norliza Bt Che Othman |
| 04 | Empat | En Abdul Latiff B Othman |
| 05 | | En Yatiman B Kamsidin |
#Peringatan: 3 salinan soalan Ujian perlu difailkan.
Tindakan : Semua guru
6. Analisa Markah PSK
Markah dianalisa kepada pencapaian gred bagi semua kelas.
Tindakan : Semua guru
7. Hal-ha lain
7.1 Pengerusi menyatakan Panitia mendapat sumbangan individu sebanyak RM 416.00 dan wang itu
perlu dihabiskan untuk pembelian alatan habis guna projek PSK atas arahan pengetua. Justeru itu
ia akan diagihkan bagi projek khidmat masyarakat gotong royong mengecat bilik-bilik khas.
7.2 Bulan Sivik dan Kewarganegaraan telah ditetapkan dari 15 April sehingga
dikelolakan bersama Kaunselor sekolah. Senarai AJK akan diedarkan kemudian. Antara aktiviti
dicadangkan ialah:
Ceramah Kerjaya Kedoktoran Dan Kejururawatan Tingkatan (5A dan 5B)
Pertandingan Permainan Tradisional (Tingkatan 3)
Gotong Royong mengecat bilik-bilik khas dalam sekolah (Tingkatan 2)
Lawatan Ke Tanjung Piai (Kajian Flora dan Fauna untuk Tingkatan 4)
Majlis Penutupan Rasmi pada
Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang
Disediakan oleh Disahkan oleh
Cik Norliza Bt Che Othman En Yatiman Bin Kamsidin
Penolong Setiausaha Panitia PSK Pengerusi Panitia PSK
SMK Bandar Seri Alam SMK Bandar Seri Alam



No comments:
Post a Comment