Sunday, July 5, 2009

Minit Mesyuarat Ketiga Panitia PSK

Ruj Kami : JEA1063/07/06/10/33/2009(02) Tarikh : 22 Jun 2009

………………………………………….

…………………………………………

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KALI KETIGA
TAHUN 2009

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Jun 2009 (Selasa)
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Pusat Sumber,
SMK Bandar Seri Alam.

2. Agenda Mesyuarat :
2.1 Kata-kata aluan.
2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
2.3 Perkara berbangkit
2.4 Program Penutupan Rasmi Bulan Sivik, Motivasi Jaya Diri & Dunia Kerjaya PMR & SPM 2009
2.5 Pengemaskinian fail
2.6 Program Khidmat Masyarakat (Lawatan Kepimpinan Pengawas)
2.7 Semakan Buku Rampaian
2.8 Bulan Kemasyarakatan
2.9 Hal-hal lain

3. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat yang diadakan.

Sekian, terima kasih

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………….
(YATIMAN BIN KAMSIDIN)
Ketua Panitia
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
SMK Bandar Seri Alam.

s.k. Fail Panitia




Mesyuarat Kali Ketiga
Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan
Tahun 2009
Tarikh : 30 Jun 2009
Hari : Selasa
Masa :1.00pm
Tempat : Pusat Sumber, SMK Bandar Seri Alam
Kehadiran
1. Yatiman Bin Kamsidin
2. En Abdul Latiff Bin Othman
3. En Mohd Shahrul B Saidein
4. Cik Norliza Bt Che Othman
5. Cik Norhaslinda
6. Pn Mazura
7. Cik Hafnizah
8. Cik Wan Nornadia

Tidak Hadir
1. Cik Lai An Yah Tanpa kenyataan
2. Ustazah Hanum Bt Md Taib Tanpa kenyataan
3. Pn Hemalata Berkenyataan
4. Pn Usha Devi Tanpa kenyataan

Bil Perkara

1. Ucapan Alu-Aluan Ketua Panitia
Ucap selamat datang kepada semua guru yang terpilih mengajar mata pelajaran PSK.
Baki Wang Panitia PSK untuk dibelanjakan sehingga 31 Mei 2009 berbaki RM7703.25.

Tindakan : Makluman Semua guru
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua 2009
Ketua Panitia membacakan minit mesyuarat kepada semua ahli yang hadir. Ahli sebulat suara
mengesahkan minit yang lalu.
Cadangan : Cik Norliza Bt Che Othman
Sokongan : En Yatiman B Kamsidin

3. Perkara berbangkit

Perkara 3.1. Hal Permarkahan PSK.
Program Khidmat Masyarakat adalah wajib diadakan kepada semua pelajar.
Penilaian PSK terbahagi kepada 3:
i. Pengetahuan (60%)- peperiksaan ½ dan akhir tahun
ii. Khidmat masyarakat 20%
iii. Penilaian Sikap 20% boleh dilakukan sepanjang proses P&P – contoh perbincangan
kumpulan
Guru yang gagal melaksanakan program Khidmat Masyarakat boleh diambil tindakan
tatatertib ( Kenyataan Timbalan Pengarah dlm kursus PSK 2007)



Perkara 3.2 Sukatan/Huraian/Rancangan Tahunan Pelajaran PSK
Semua guru telah menyediakan dan dibawa dalam setiap aktiviti P&P. Bagi guru yang baru
boleh dapatkan semuanya dalam bentuk CD atau salinan dari ketua panitia.

Perkara 3.3 Penegasan Penulisan Buku Persediaan Mengajar (Ingatan Kali Keda)
Gunakan sumber utama rujukan iaitu buku teks yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dan
ditulis mengikut format berikut:

Tema : Pencapaian Kendiri(ikut buku teks)
Tajuk : Pilihan Kerjaya(ikut buku teks)
Sub Tajuk: Merancang Kerjaya(ikut buku teks)
Objektif : (salin semua objektif yang terdapat di dalam buku teks mengikut tajuk)
Aktiviti : Ikut kreativiti Guru(pilihan guru)
ABM : Ikut persediaan mengajar(buku teks dan pelbagai bahan berkaitan)
Refleksi : Ditulis pencapaian yang boleh diukur (Pelajar boleh menyenaraikan 5 daripada 8
isi penting dengan tepat)

Perkara 3.4 Pengunaan Buku Rujukan/Buku Teks/Buku Nota/Buku Latihan
Semasa Sesi P&P adalah ditegaskan bahawa setiap pelajar perlu membawa buku teks, buku
nota dan buku latihan setiap masa. (Buku nota dan latihan dalam buku yang sama)
Tindakan:Semua guru
Perkara 3.5 Cara Penilaian Program Khidmat Masyarakat
Penilaian program khidmat masyarakat dilakukan menggunakan borang khas yang terlampir
dalam fail diedarkan..
Tindakan:Semua guru

Perkara 3.7 Ujian Pertengahan Tahun/Akhir Tahun/Ujian Piawaian

Ujian berkenaan akan diadakan secara setara dan akan diputuskan dalam mesyuarat panitia
Daerah. Ujian Piawaian dicadangkan dibuat dalam bentuk soalan Objektif mengandungi 40
Soalan mengikut JPU nisbah 5:3:2. sebanyak 4 set soalan yg lengkap dan disahkan diserah
sebagai bank soalan.
Tindakan :Semua guru
Perkara 3.8 Analisa Markah PSK
Perlu dicatat dan direkodkan dalam ‘mark sheet’. Jumlah kelulusan akan direkodkan
Tindakan : Semua guru

Perkara 4. Perancangan Aktiviti Khidmat Masyarakat Penggal Pertama Terkini(telah
dilaksana).Minta laporan diserah kepada pengerusi segera kecuali Tingkatan 1.
Tingkatan 1 : Sayangi Sekolah/Program Ponteng Sifar
Tingkatan 2 : GotongRoyong Menceriakan Bilik-Bilik Khas Dalam Sekolah antaranya
Dewan Budiman, Dewan Zaaba, Bilik Kaunseling, Bilik Pengawas.
Tingkatan 3 : Pertandingan Permainan Tradisional seperti congkak, bowling kelapa,
sepak raga bulatan, galah panjang, konda kondi, ting ting, baling selipar.
Tingkatan 4 : Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara atau
Kajian tentang flora dan fauna
Tingkatan 5 : Bengkel dan Ceramah Kerjaya.





5. Penggubal Ujian Piawai 2 dan Akhir Tahun 2009 ( telak dilaksana)

bil tingkatan Nama Guru
01 Satu Ustazah Hanom
02 Dua Pn Hafnizah
03 Tiga Cik Norliza Bt Che Othman
04 Empat En Abdul Latiff B Othman
05 Lima En Yatiman B Kamsidin

#Peringatan: 3 salinan soalan Ujian perlu difailkan.

Perkara 6. Analisa Markah PSK Pertengahan Tahun
Markah dianalisa kepada pencapaian gred bagi semua kelas. Penyelaras kutipan data seperti
berikut.

bil tingkatan Nama Guru
01 Satu Cik Norhaslinda
02 Dua Pn Hafnizah
03 Tiga Cik Norliza Bt Che Othman
04 Empat En Abdul Latiff B Othman
05 Lima En Yatiman B Kamsidin

Perkara 7. Hal-hal lain

Perkara 7.1 Sumbangan individu sebanyak RM 416.00 telah diagihkan bagi projek khidmat
masyarakat gotong royong mengecat bilik-bilik khas seperti Dewan Budiman,
Bilik kaunseling dan Bilik Pengawas.

Perkara 7.2 Bulan Sivik dan Kewarganegaraan 15 April sehingga 30 Jun 2009 dikelolakan
bersama Kaunselor sekolah telah terlaksana dan aktivitinya ialah

Pengurusan Ceramah Kerjaya Kedoktoran Dan Kejururawatan Tingkatan
(5A dan 5B)
Pertandingan Permainan Tradisional (Tingkatan 3)
Gotong Royong mengecat bilik-bilik khas dalam sekolah (Tingkatan 2)
Kajian Bendera, Jata dan lagu negeri-negeri di Malaysia.( Tingkatan 4)
Majlis Penutupan Rasmi pada 26 Jun 2009 (Ditunda pada 3/7/2009)
Tindakan : Semua guru

4. Program Penutupan Rasmi Bulan Sivik, Motivasi Jaya Diri & Dunia Kerjaya PMR & SPM
2009

Tarikh : 3 Julai 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi -11.00 pagi
Tempat : Dewan Zaaba
Perasmian : En Jamaluddin B Jamil, YDP PIBG
Tindakan : Semua guru




5. Pengemaskinian fail

Pengemaskinian fail panitia mengikut keperluan Sistem Persekolahan Standard Kualiti (SPSK) akan
dimulai segera. Agihan akan dilakukan oleh pengerusi panitia.

Tindakan : Pengerusi dan Setiausaha

6. Program Khidmat Masyarakat (Lawatan Kepimpinan Pengawas)

Objektif : Memperkasakan kepimpinan pengawas sekolah SMK Bandar Seri Alam sambil
membuat catatan ke Tempat-Tempat Bersejarah.
Pengendali : Panitia PSK dan Persatuan Pengawas
Tarikh : Pertengahan Ogos
Lokasi : Sekolah Berasrama Penuh
Tindakan : Guru Sivik Tingkatan 3,4 dan 5.
Kos : RM7000.00 untuk 100 orang pelajar(RM70/kepala)

7. Semakan Buku Rampaian

Mengikut keperluan SPSK yang ditetapkan. Apa yang tercatat dalam buku tulis adalah mengikut buku
persediaan mengajar semua guru. Perkara ini perlu diambil serius. Penandaan buku rampaian perlu
dilakukan sekerap mungkin.
Tindakan : Semua guru 8 Bulan Sains Kemasyarakatan

Sempena Program Bulan Sains Kemasyarakatan kita akan mengadakan 3 program yang melibat semua pelajar dalam pertandingan. Aktiviti akan ditetapkan oleh pengerusi kemudian.

9. Hal-hal lain

9.1 Pengerusi mengharapkan semua guru dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan sebaik
mungkin sempena Majlis Penutupan Rasmi Bulan Sivik 209 pada 3 Julai 2009.
Tindakan : Semua guru




Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh



Cik Norliza Bt Che Othman En Yatiman Bin Kamsidin
Penolong Setiausaha Panitia PSK Pengerusi Panitia PSK
SMK Bandar Seri Alam SMK Bandar Seri Alam

No comments: